Sunday, October 6, 2013

Life in a Nutshell #01

Untuk blog-post saya kali ini, saya akan mulakan dengan satu dialog.

Adik     : Ayah, tadi kawan adik kata Doa Iftitah wajib dibaca dalam sembahyang. Betul ke? Bukankah Doa Iftitah itu hanya sunat dibaca dalam sembahyang.

Ayah     : Betul.

Adik     : Itulah ayah! Adik dah kata dah tadi dekat diorang. Doa Iftitah bukannya wajib dibaca, tp Sunat Muakkad sahaja.

Ayah     : Heih! Mana pula kamu ni. Doa Iftitah itu cuma sunat biasa saja, mana ada Sunat Muakkad.

Adik      : Tapi, bukankah Doa Iftitah adalah antara sunat yang dituntut?

Kakak   : Kamu ni, tak semestinya kalau sunat itu dituntut, sunat itu jadi Sunat Muakkad

Ayah      : Kamu adik, kalau kamu baca buku ayah yang ada dekat situ, kamu dah tahu dah sunat apa Doa Iftitah itu.

...

Baiklah, untuk pengetahuan pembaca semua, persoalan dalam dialog ini bukan tentang hendak tahu Doa Iftitah itu sunat apa, tetapi persoalan sebenarnya, patutkah jawapannya diberi sebegitu?

Dari pandangan saya, dialog ini sudah bermula dengan baik sekali, tapi malangnya, endingnya macam tergantung sedikit. Ayahnya memberi satu jawapan yang sangat, megecewakan. Kalau sayalah jadi adik itu tadi, saya rasa amat kecewa. Sebab kita menanya soalan, tetapi kita dipersoalkan kembali. Saya sering kali lihat perlakuan ini. Kita tanya, angkat tangan, kita hendakkan jawapan, retapi apa yang kita dapat? soalan kita dipersoalkan kembali. Malah, suruh kita pula mencari jawapan tanpa arahan yang pasti.

Saya lebih rela kalau jawapannya,

"Tak, ayah tak pasti, tapi kalau kita boleh rujuk buku itu, mungkin kita boleh dapat jawapannya".

Kalau begitukan bagus. Bagi saya, dalam hendak mendidik orang ini, tambah-tambah lagi orang yg kita rapat dengan mereka, kita tidaklah seharusnya menolak atau menarik mereka, tetapi hendaklah membimbing agar mereka rasa selesa dan insyaallah masuk ilmu yang diajarnya.

Untuk pengetahuan pembaca semua, "I am nobody", saya hanya insan biasa yang sentiasa terfikir, tetapi saya boleh bezakan yang mana yang baik, dan mana yang buruk. Semua yang diatas ini hanyalah untuk dikongsi, dan fikirkan bersama. Insyaallah kita dapat yang baik-baik sahaja disini.

Untuk perkongsian terakhir, saya kongsikan kamu semua, nasihat yang pernah diberikan oleh pensyarah saya;

"Bila kita belajar, hendaklah ada buku & gurunya. Tanpa guru, sesatlah engkau. Tanpa buku, sesat jualah engkau"

Assalammualaikum.










Thursday, September 19, 2013